Monday, December 5, 2011

MIC mahu kekal di sembilan Parlimen, 19 DUN: Palanivel - NST


SUNGAI BULOH: MIC akan mempertahankan semua sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperuntukkan kepada parti itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Presidennya, Datuk G Palanivel, berkata keputusan itu sudah dipersetujui sebelum ini dan tidak ada sebab untuk MIC menyerahkan mana-mana kerusi kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

"Ia berdasarkan peningkatan sokongan dan kami percaya sudah memperoleh kembali keyakinan pengundi (masyarakat India) selepas beberapa pendekatan diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kami yakin dapat merampas dan mempertahankan semua kerusi pada PRU akan datang. Persiapan menghadapi PRU juga sudah kami mulakan, termasuk menge-nal pasti calon yang disenangi ramai," katanya selepas mengunjungi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) RRI, Sungai Buloh sem-pena Program 'Reach and Teach Malaysia' anjuran bersama Yayasan Pembina Masyara-kat (CBF) dan MIC, di sini semalam.

Program berkenaan yang mensasarkan pelajar sekolah rendah (SJKT) yang lemah dalam pelajaran dijangka memberi manfaat kepada 4,047 pelajar bandar dan luar bandar.

Ditanya kemungkinan berlaku pertukaran kerusi antara parti komponen BN, Palanivel berkata, sebarang pertukaran kerusi hanya boleh dilakukan jika mendapat persetujuan bersama.

Katanya, setakat ini MIC tegas dengan pendirian meletakkan calon di semua kerusi diperuntukkan itu dan sudah mempunyai senarai calon yang sesuai untuk bertanding.

Pada PRU 2008 lalu, MIC memenangi empat kerusi Parlimen dan tujuh kerusi DUN yang ditandinginya.

No comments:

Post a Comment