Monday, December 5, 2011

Membuat Laporan Polis Terhadap Nga Kor Ming

Persatuan Kebajikan Sosial dan Sukan Taiping yang dipengerusikan oleh saya, baru-baru ini telah membuat satu laporan p;ois terhadap YB Nga Kor Ming iaitu ADUN Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping kerana kenyataannya yang berbau perkauman.





Nga, semasa dalam satu cerah telah memanggil YAB MB Perak Dato' Seri Zambry sebagai 'Hitam Metalik' dan 'Haram Jadah". Kenyataan biadab dari setiausaha DAP Perak turut menghina kaum India.

Dengan laporan ini, diharap pihak polis akan mengambil tindakan terhadap sesiapa jua yang mengeluarkan kenyataan berbau perkauman.

Pihak kami amat kesal dengan tindakan YB ini yang telah lupa akan sokongan India terhadapnay semasa PRU12. Ini menunjukkan DAP hanya memperalatkan orang India demi meraih undi dan selepas itu menganggap mereka sebagai masyarkat kelas rendah.

No comments:

Post a Comment