Monday, December 26, 2011

Mesyuarat Ahli Exco MIC Perak Yang Dipengerusikan Oleh YBhg Dato' S. Veerasingam pada 26 Dis 2011


Petang tadi jam 7ptg 26 Disember 2011 telah diadakan satu mesyuarat ahli-ahli Exco MIC Perak yang dipengerusikan oleh YBhg Dato' S. Veerasingam, Pengerusi MIC Perak.


Mesyuarat telah dihadiri semua ahli exco dan Ketua Pemuda MIC Perak, Sdra M. Veeran. Ianya telah diadakan di Ipoh City and Country Club di Jalan Raja Perempuan Bainun (Jln Kampar), Perak.


Di antara perkara utama dalam agenda perjumpaan hari ini ialah Program 1Azam dan Program Hari Pertama Balik Ke Sekolah 2012.


Pengerusi meminta semua ahli exco supaya memberi penekanan terhadap dua perkara penting ini serta menjalankan program ini bagi membantu masyarakat terutamanya di kalangan masyarakat India di Perak.

Gambar kenangan para hadirin mesyuarat

No comments:

Post a Comment