Friday, December 30, 2011

Aktiviti Riadah dan Kecergasan Minda Anjuran Pemuda MIC Perak, Taiping dan Tambun dengan Kerjasama Open University Malaysia (Cawangan Perak)


Pemuda MIC Perak serta Pemuda MIC Taiping (di bawak Sdra M. Veeran) dan Pemuda MIC Tambun (di bawah Sdra Jayaganesah) dengan kerjasama Open University Malaysia (Cawangan Perak) akan mengadakan aktiviti kecergasan minda pada 31 Dis 2011 dan 15 Januari 2012.

Butiran lanjut adalah seperti berikut:

1. Program Pendakian Bukit Bangkong, Tanah Hitam, Perak:

Tarikh: 31 Disember 2011
Masa: 7.00 pagi


Program ini anjuran Pemuda MIC Tambun, akan dirasmikan oleh YB Dato' R. Ganesan, Speaker DUN Perak.


Orang ramai dijemput hadir. Pihak Open University Malaysia akan menyediakan T' Shirt percuma kepada peserta sementara stok masih ada. Berkumpul di kaki Bukit Bangkong jam 6.30 pagi. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi OUM: 05-2546006 atau Sdra Jayaganesh H/P: 012-5544799

2. Program Senamrobik Taping Lake Garden, Taiping, Perak:

Tarikh: 15 Januari 2012
Masa: 7.00 pagi


Program ini anjuran Pemuda MIC Taiping dan Persatuan Kebajikan Sosial dan Sukan Taiping dengan kerjasam Open University Malaysia dan Persatuan Kecergasan Perak.

Orang ramai dijemput hadir. Pihak Open University Malaysia akan menyediakan T' Shirt percuma kepada peserta sementara stok masih ada.

Sila berkumpul di Taiping Lake Garden sebelum pukul 7.00pg.


Butiran lanjut: http://oum-perak.blogspot.com/2011/12/aktiviti-riadah-dan-kecergasan-minda.html

No comments:

Post a Comment