Tuesday, December 27, 2011

Menghadiri Mesyuarat Koperasi Perumahan & Pengangkutan Taiping Berhad


Pada petang tadi saya telah menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Perumahan dan Pengangkutan Taiping Berhad di mana saya adalah salah seorang ahli lembaga pengarah.

Mesyuarat ini yang bermula pada jam 8mlm telah diadakan di Pejabat Koperasi. Antara isu yang dibangkitkan ialah penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia di Taiping oleh koperasi ini. Mesyuarat juga telah memutuskan untuk mengenalpasti bangunan Koperasi untuk dibeli.


Dengan keputusan yang dibuat tadi, ahli lembaga pengarah berharap dapat membantu kerajaan dalam menagihkan produk kegunaan harian pada harga yang rendah untuk rakyat Taiping di samping menjadikannya salah satu aktiviti perniagaan koperasi.

No comments:

Post a Comment