Monday, December 19, 2011

Majlis Turun Padang Bersama Penduduk Kampung Ulu Tupai - 19 Disember 2011


Petang tadi Pemuda MIC Perak dengan kerjasama MIC Bahagian Taiping telah turun padang berjumpa dengan penduduk Kampung Ulu Tupai, Taiping bagi menangkis tomahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.


Majlis ini bertujuan untuk memberikan gambaran sebenar kepada penduduk di sini bahawa masalah mereka mengenai tanah telahpun diselesaikan oleh kerajaan BN Perak.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Pemuda MIC Perak, Sdra M. Veeran, Ketua MIC Bahagian Taiping, Sdra M. Rajasinggam serta semua AJK MIC Bahagian Taiping dan AJK Pemuda MIC Taiping.


Selepas sesi taklimat dan penjelasan yang diberikan penduduk di sini berasa lega dan berterima kasih kepada MIC.

Seperti biasa Pakatan Rakyat hanya bijak memutar belitkan isu masalah tanah di sini pada hal ianya sudah diselesaikan oleh kerajaan BN.

No comments:

Post a Comment