Wednesday, December 28, 2011

Bantuan Kebajikan Kepada Keluarga Puan Menaga di Pengkalan Aor, Taiping


Pagi tadi saya dan beberapa orang rakan telah pergi ke rumah Puan Menaga di Pengkalan Aor Taiping bagi menyerahkan surat kelulusan untuk bantuan kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak.

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah meluluskan bantuan bulanan sebanyak RM300 bagi membantu Puan Menaga yang terpaksa menjaga 3 orang anaknya di mana 2 orang masih bersekolah.

Puan Menaga telah ditinggalkan suaminya begitu sahaja bersama sebuah lori tanpa apa-apa berita pada sekian lama. Penderitaan Puan Menaga telah mendapat perhatian Pemuda MIC Taiping yang terus membantu beliau membuat permohonan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga berjaya.

Dengan sedikit bantuan ini diharap dapat meringankan beban keluarga Puan Menaga.

No comments:

Post a Comment