Monday, December 12, 2011

Majlis Perlancaran Laman Web Pemuda MIC Perak oleh YBhg Ketua Pemuda MIC Kebangsaan Sdra T. Mohan



Pada 11 Disember jam 8.00mlm, telah diadakan majlis perlancanran Laman Web Pemuda MIC Perak oleh YBhg Sdra T. Mohan, Ketua Pemuda MIC Kebangsaan di Matang, Taiping.





Majlis ini merupakan aktiviti kemuncak dalam siri lawatan Sdra T. Mohan bersama masyarakat India Perak. Majlis ini turut dihadiri oleh Sdra Sivaraj, Sdra Kesevan, Sdra Thinakaran serta semua ahli Exco Pemuda MIC Perak.




Laman web ini adalah hasil usaha Sdra Venothan Kathalingam iaitu Biro IT Pemuda MIC Perak. Pemuda MIC amat bangga dengan sejarah perlancaran laman web ini yang akan digunakan untuk memaparkan semua aktiviti Pemuda MIC serta aktiviti akan datang. Ia juga akan digunakan untuk memberi informasi terkini, tepat dan lengakap kepada semua ahli MIC serta lain individu yang ingin mengetahui apa yang dijalankan oleh Pemuda MIC di Perak.



Laman web ini dapat diakses melalui URL: www.pemudamicperak.com seperti yang dipaparkan di bawah.

No comments:

Post a Comment