Saturday, May 11, 2013

MIC Perak Menyokong Penuh Kepimpinan YB DS G. Palanivel


Pagi tadi semua Ketua Bahagian MIC seluruh Negeri Perak telah berkumpul di Pejabat MIC Negeri Perak untuk suatu mesyuarat tergempar. Mesyuarat ini yang telah dipengerusikan oleh YBhg Dato R. Ganesan dan disertai oleh 24 orang Ketua Bahagian MIC dan Ketua Wanita serta Ketua Pemuda MIC Perak.

Mesyuarat ini sebulat suara telah menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan YB Dato Seri G. Palanivel untuk terus menerajui MIC dan membawa MIC ke tahap yang baru yang diterima masyarakat India.

Dalam PRU13, Dato Seri G. Palanivel telah menewaskan Calon dari DAP dan Bebas bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands.