Monday, December 26, 2011

Laporan Bergambar Program Bersama YBhg Dato' Ahmad Shalimin Ahmad Shafie 26 Dis 2011

Pagi tadi 26 Disember 2011 telah berlangsungnya Lawatan ke beberapa tempat dan Majlis Perasmian di Taiping, Perak yang melibatkan YBhg Dato' Ahmad Shalimin Ahmad Shafie, Setiausaha Politik MB dan ketua UMNO Bahagian Taiping.

Berikut adalah laporan bergambar program-program tersebut:

1. Karnival Maal Hijrah 1433H anjuran Perpustakaan Desa Kpg Expo:

Karnival dan Kenduri bersama rakyat ini bermula jam 9.00pg. Turut hadir, YB Dato' Mohammad Zahir Bin Dato Abdul Khalid, ADUN Kamunting dan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi,ICT, Sains dan Teknologi Perak DR.

YB Dato Zahir (2 dari kiri) dan YBhg Dato' Ahmad Shalimin (3 dari kiri)

Ucapan perasmian oleh YBhg Dato' Ahmad Shalimini, Setiausaha Politik MB Perak

Turut berucap YB Dato' Mohammad Zahir, ADUN Kamunting, Perak

Lebih dari 150 orang telah hadir dalma karninal ini yang juga merupakan majlis kenduri bersama rakyat.

Turut hadir, Sdra M. Veeran, Ketua Pemuda MIC Perak (3 dari kanan)

Antara penduduk Taiping yang hadir dalam karnival tersebut


2. Merasmikan Mesyuarat Koperasi KWSB di Taiping, Perak:

YBhg Dato' Ahmad Shalimin telah hadir untuk merasmikan mesyuarat Koperasi KWSB pada jam 10pg.




3. Lawatan Ke SRJK (T) St. Convent, Tupai, Taiping, Perak:

Ketua Pemuda MIC Perak, Sdra M. Veeran telah mengiringi YBhg Dato' Ahmad Shalimin, Setiausaha Politik MB Perak untuk melawat SRJK(T) St. Convent, Tupai, Taiping, Perak bagi melihat dengan lebih dekat apa-apa bantuan yang dapat disediakan. Ianya juga sempena Hari Natal.

Dato' Ahmad Shalimin (2 dari kiri) sedang berbual dengan Sdra M. Veeran (3 dari kiri)

No comments:

Post a Comment