Saturday, December 17, 2011

Aktiviti Pemuda MIC Perak di Jelapang Perak pada 18 Disember 2011


Pemuda MIC Perak dan Pemuda MIC Bahagian Batu Gajah dengan kerjasama MIC cawangan Air Tawar, MIC cawangan Jelapang New Village serta Yayasan Strategik Sosial kawasan Jelapang akan menganjurkan hari pendaftaran pada 18 Disember 2011 di Dewan Orang Ramai Jelapang.

Masyarakat tempatan terutamanya masyarakat India dialu-alukan datang ke dewan ini dari jam 10pg hingga 4ptg.

Berbagai perkhidmatan disediakan seperti berikut:

a) Pendafataran dan Penyemakan Pengundi

b) Pendaftaran Insuran Takaful untuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas

c) Pendaftaran E-Kasih bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan

d) Pendaftaran program BR1M untuk RM500

e) Pendaftaran Kad Pengenalan Merah


Mereka yang memerlukan perkhidmatan dinasihatkan untuk membawa dokumen berikut:

a) Kad Pengenalan

b) Sijil Kelahiran (bawah 12 tahun)

c) Slip Gaji

d) Penyata KWSP

e) Sijil Perkahwinan

No comments:

Post a Comment