Monday, January 23, 2012

Program Turun Padang DUN Buntong dan Kawasan Parlimen Ipoh Barat oleh YB Khairy Jamaluddin

YB Khairy Jamaluddin sedang berucap

Turut berucap ialah Sdra T. Mohan

Pagi tadi 23 Jan 2012, Sdra YB Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda BN Malaysia) serta Sdra T. Mohan (Ketua Pemuda Kebangsaan MIC) telah turun padang ke DUN Buntong dan Kawasan Parlimen Ipoh Barat.



Majlis tersebut yang bermula pada jam 9.30pg telah diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Baru, Buntong, Perak. Lebih dari 200 orang telah hadir ke majlis ini. Turut hadir, Sdra M. Veeran (Ketua Pemuda MIC Perak), bekas senator MIC dan Setiausaha MIC Perak YBhg Dato' N. Marimuthu, Sdra Khairul Azwan dan Sdra Jeyagopi, Penyelaras DUN Buntong.

Dalam ucapan perasmiannya, Sdra YB Khairy Jamaluddin, menyatakan bahawa BN telah banyak membawa perubahan dan kemajuan kepada negara kita demi kepentingan rakyat. Di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Najib, kerajaan telah memberi bantuan BR1M sebanyak RM500 setiap keluarga kepada rakyat berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan baru-baru ini bagi meringankan beban harian mereka.

Kerajaan juga telah memberi bantuan RM100 kepada setiap orang pelajar serta memansuhkan yuran skolah. Pelajar sekolah serta IPT telah diberi baucer buku BB1M sebanyak RM200 untuk membantu mereka membeli buku sekolah dan alatulis tanpa mengira kaum. Kerajaan juga memberikan bonus kepada semua kakitangan kerajaan seperti dalam belajawan 2012.

Sdra T. Mohan sedang menyampaikan sumbangan pada masyarakat tempatan

Sdra T. Mohan dalam ucapannya menyatakan bahawa di bawah kepimpinan YB. Dato G. Palanivel, MIC telah berjaya memperolehi 6 lesen bagi membuka sekolah Tamil baru di mana salah sebuah sekolah akan dibina di Perak, 1 di Kedahm 1 di Johor dan 3 di Selangor. Hanya parti MIC yang dapat membantu masyarakat India di Malaysia.

Dalam majlis yang sama telah diadakan sumbangan kepada masyarakat tempatan. Sdra T. Mohan telah berbesar untuk menyampaikan sumbangan tersebut.

No comments:

Post a Comment