Friday, January 20, 2012

Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Perayaan Ponggal oleh YB Dato' Tan Lian Hoe


Petang tadi telah diadakan suatu Majlis Penyampaian Sumbangan sempena Perayaan Ponggal anjuran Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Taiping. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Tan Lian Hoe di Dewan MPT, Taiping, Perak.


Lebih dari 150 orang telah hadir ke majlis ini. Turut hadir En. Devaraju, En. Jeyagopalan, En. V. Raman dan Sdra Veeran, Ketua Pemuda MIC Perak merangkap Ketua Pemuda MIC Taiping.



Dalam ucapannya. YB Dato' Tan mengucapkan syabas kepada Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Taiping kerana berjaya menyediakan sumbangan kepada Masyarakat India yang memerlukannya. Beliau juga menasihatkan sidang hadirin supaya berhati-hati memilih wakil rakyat mereka dam PRU13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Beliau juga mengkritik Pakatan Rakyat yang tidak membantu masyarakat India.

No comments:

Post a Comment