Friday, January 27, 2012

Program Senamrobik Gong Xi Fa Cai Anjuran Open University Malaysia bersama Pemuda MIC Perak dan Taiping

Banner Program Senamrobik telah digantung di perkarangan Dataran Kedamaian Taiping

Pada hari Ahad ini 29 Januari 2012, Pemuda MIC Perak, Pemuda MIC Taiping serta Open University Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kecergasan Negeri Perak akan mengadakian program Senamrobik Gong Xi Fa Cai di Dataran Kedamaian Taiping (Taiping Lake Garden) bermula jam 7.00pagi.


Objektif program ini adalah untuk menimbulkan kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya menjada kesihatan badan kita kerana badan yang sihat akan melahirkan minda yang cergas dan ini akan dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti modal insan.

Pihak Open University Malaysia akan memberikan T' Shirt percuma kepada 150 orang peserta pertama yang menyertai Program Senamrobik ini yang akan dibimbing oleh Puan Jamunarani, jurulatih senamrobik dari Persatuan Kecergasan Negeri Perak.


Terdahulu dari ini, Open University Malaysia, yang ditubuhkan pada tahun 2001 dengan bilangan pelajar lebih dari 120,000 telah berjaya menganjurkan senamrobik di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Tambun, Perak pada 7 Jan 2012 dan Pendakian Bukit Bangkong, Tanah Hitam, Perak pada 31 Dis 2011.

Orang ramai dijemput hadir untuk menyertai program ini secara percuma.

No comments:

Post a Comment