Wednesday, January 4, 2012

Pemuda MIC Perak membantah sekeras-kerasnya Himpunan 100,000 orang untuk menggertak Badan Kehakiman


Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Salah satu syarat sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa tadbir urus kepada tiga bahagian iaitu Kuasa Eksekutif, Kuasa Kehakiman dan Kuasa Perundangan. Pembahagian kuasa ini dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

(Sumber: http://www.malaysia.gov.my/BM/Main/MsianGov/Pages/AboutMsianGov.aspx).

Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang berpegang kepada amalan demokrasi di mana minoriti mesti menerima hak majoriti yang telah ditentukan rakyat. Sama ada parti penyokong kerajaan atau parti pembangkang, semua pihak mesti memahami tiga kuasa tadbir urus seperti tersebut di atas.


Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat yang cuba meraih sokongan rakyat dengan mengadakan himpunan 100,000 pada 9 Jan 2012 hanya semata-mata seseorang tertentu menunjukkan mereka tidak menghormati hak majoriti rakyat yang cintakan keamanan. Himpunan ini seolah-olah untuk mempengaruhi kebebasan badan kehakiman negara atau lebih tepat lagi menggertak badan kehakiman akan keputusan yang akan diumumkan nanti.

Setakat hari ini jam 2 ptg PDRM telah menerima sebanyak 475 laporan polis membantah himpunan tersebut yang memang menyusahkan rakyat untuk berniaga, untuk pergi ke pejabat, membeli-belah serta mensesakkan lalu lintas.

Pemuda MIC Perak turut membantah himpunan 100,000 orang anjuran Pakatan Rakyat yang tidak menghormati langsung hak majoriti dalam sistem demokrasi amalan Malaysia.

No comments:

Post a Comment