Tuesday, January 3, 2012

Laporan Bergambar Mesyuarat Pemuda MIC Perak - 2 Jan 2012


Semalam 2 Januari 2012 telah diadakan mesyuarat Pemuda MIC Perak. Mesyuarat ini adalah mesyuarat terakhir bagi tahun 2011.

Ketua Pemuda MIC Perak, Sdra M. Veeran telah mempengerusikan mesyuarat ini yang disertai oleh 16 orang AJK. Ianya telah diadakan di Bangunan MIC Negeri Perak di Ipoh bermula jam 6 ptg.

Ketua Pemuda MIC memulakan mesyuarat dengan mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua AJK yang hadir dan menyeru mereka supaya meningkatkan azam mereka demi untuk membantu BN dalam PRU13 serta menjaga kebajikan masyarakat India.


Dalam mesyuarat ini telah dibincangkan agenda utama bagi bulan Januari 2012 iaitu Pertandingan Bola Sepak 7 sebelah Piala MB Perak. Pertandingan ini telah dijadualkan pada 29 Januari 2012 dan akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Zambry Abdul Kadir dan YBhg Dato' S. Veerasingam. Manakala penutupan secara rasmi akan dijalankan oleh YB Khairi Jamaluddin, Ketua Pemuda Kebangsaan BN dan Sdra T. Mohan, Ketua Pemuda MIC Kebangsaan.

Objektif pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat baru untuk menyertai pasukan pelapis bola sepak Perak. 30 Pasukan dijangka akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Ianya akan diadakan di Padang Ipoh.

No comments:

Post a Comment