Saturday, February 23, 2013

Pemuda MIC Perak Sokong Penuh Calon Pilihan Presiden MIC Dato Seri G. Palanivel



Mesyuarat Pemuda MIC Perak semalam dengan sebulat suara memyokong penuh mana-mana calon PRU13 yang diplih Presiden Parti MIC, YB Dato Seri G. Palanivel.

Pemuda MIC Perak juga telah menggerakkan jenteranya bagi memberi sokongan penuh dan berkempen untuk memenangkan mana-mana calon yang dipilih Presiden Parti untuk bertanding dalam PRU13 yang akan diadakan dalam masa terdekat.



Pada Pemuda MIC Perak, yang penting sekali ialah kemenangan parti terlebih dahulu dan memastikan usaha yang gigih diambil bagi membantu sesiapa yang diletakkan sebagai calon. Pemuda MIC Perak juga telah bersedia dan mempunyai strategi tersendiri untuk memenangkan calon MIC di Perak dan membantu menjamin kemenangan Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment