Saturday, February 23, 2013

Pemuda MIC Perak Membuat Laporan Polis Terhadap Ridhuan Tee Abdullah



Pemuda MIC Perak mengutuk sekeras-kerasnya sebuah artikel penulisan Ridhuan Tee Abdullah yang muncul dalam akhbar Sinar Harian pada 18 Feb 2103 bertajuk: "Kesabaran Umat Islam Ada Had”. Dalam artikel tersebut. beliau telah mencela Parti Komponen India BN yakni jelas mengutuk parti MIC yang meminta penayangan filem Vishwaroopam.

Beliau juga mengutuk agama Hindu terutamanya perayaan Thaipusam di mana beliau menyatakan bahawa "seminggu sebelum perayaan, seluruh kawasan sekitar Batu Caves sesak. Kenderaan diparkir sesuka hati. Lautan manusia satu warna berhimpun, seolah-olah tidak ada warna lain lagi di negara ini."



"Hari ini pergilah ke mana sahaja. Jika dahulu, rumah ibadat dan patung-patung tidak banyak kelihatan meriah. Kalau adanya pun agak suram dan tidak nampak tombolnya. Tetapi selepas PRU 12, keadaan jauh berubah. Mereka mendapat peruntukan sana sini, pusat dan negeri. Rumah ibadat kecil menjadi besar, tombol rendah menjadi tinggi dan berwarna-warni."

Laporan polis telah dibuat di Ipoh oleh Pemuda MIC Perak yang mendesak supaya Ridhuan Tee disiasat mengikut Akta Hasutan. Pemuda MIC juga mahu supaya tindakan diambil supaya seorang opportunis seperti Ridhuan Tee tidak masuk campur dalam hal politik jika tidak terlibat politik. 

No comments:

Post a Comment