Monday, February 6, 2012

Laporan Bergambar Acara Penutup Pertandingan Bola Sepak 7 sebelah Piala YAB MB Perak


Tepat jam 6ptg pada 5 Februari 2012, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir tiba di perkarangan Padang Ipoh untuk menyaksikan perlawanan akhir pertandingan bola sepak 7 sebelah di antara pasukan Mesra FC dengan Cha Cha.



Beliau disambut oleh Ketua Pemuda MIC Perak, Sdra M. Veeran serta AJK pertandingan dan ketua-ketua bahagian Pemuda MIC Perak. Turut hadir adalah Sdra Mugilan, Timbalan Ketua Pemuda MIC kebangsaan dan Sdra Jayagopi, setiausaha MIC Perak. Sejurus selepas itu, YBhg Dato' S. Veerasingam tiba.



Selepas tamat perlawanan yang dimenangi oleh Pasukan Cha Cha, upacara penyampaian hadiah dijalankan. Sdra Ramachandran, timbalan Ketua Pemuda MIC Perak menyampaikan kalung bunga kepada YBhg Dato' S. Veerasingam. Ia kemudian diikuti dengan penyampaian kalung bunga kepada YAB Menteri Besar Perak oleh Sdra M. Veeran.



YAB Menteri Besar Perak seterusnya menyampaikan hadiah kepada juara dan naib juara pertandingan bola sepak. Pasukan Mesra FC yang muncul sebagai naib juara menerima wang tunai sebanyak RM2,000 dan pingat manakala juara iaitu pasukan Cha Cha menerima sebuah Piala YAB Menteri Besar Perak, wang tunai sebanyak RM3,000 dan pingat.




Sebelum majlis bersurai, satu sesi gambar kenangan telah diadakan bersama YAB Menteri Besar Perak.

No comments:

Post a Comment