Saturday, March 17, 2012

Lawatan YAB PM ke Perak: Majlis Mesra Rakyat Buntong


Dalam siri lawatan YAB PM Dato Seri Najib Tun Razak ke Perak hari ini, beliau telah juga turun padang bersama rakyat Buntong. Turut hadir YAB MB Perak Dato Seri Zambry Abdul Kadir serta Presiden MIC, YB Senator Dato Seri G. Palanivel.


Semasa ucapannya kepada masyarakat tempatan di Buntong tengahari tadi, YAB PM telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk menambahbaik infrastruktur di Buntong. Beliau juga turut memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk membantu pelajar kaum India di seluruh Perak.


Lebih dari 5,000 orang penduduk tempatan serta pemimpin MIC telah hadir sama.

Pemuda MIC Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB PM Malaysia yang prihatin dengan masyarakat India Malaysia sejajar dengan prinsip 1Malaysia, Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan.

No comments:

Post a Comment