Friday, March 8, 2013

Pemuda MIC Perak Membidas Sikap Biadap Ngeh Koo Ham



Pemuda MIC Perak bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin NGO berjumlah 50 orang telah berkumpul di hadapan Ibu Pejabat DAP Perak pada hari Khamis 7 Mac 2013 membantah sekeras-kerasnya sikap Ngeh Koo Ham yang biadap.

Dalam salah satu twitter Koo Ham, beliau telah menjatuhkan maruah masyarakat kaum India di Beruas apabila beliau menuduh kaum India mudah dibeli undinya dengan hanya disogok dengan barangan yang murah oleh BN.



Pemuda MIC Perak ingin mengingatkan Koo Ham bahawa masyarakat India menyokong kerajaan BN kerana percaya bahawa hanya BN dan MIC dapat membantu membaiki nasib mereka. Masyarakat India mampu menilai sumbangan dan bantuan kerajaan BN terhadap mereka demi untuk menambahbaik nasih mereka.

DAP hanya pandai melaung-laungkan slogan semasa pilihanraya kononnya ada membantu masyarakat India. Sdra M. Veeran selaku Ketua Pemuda MIC Perak mencabar Koo Ham dan pemimpin DAP India seperti ADUN Tronoh Sivakumar untuk mendedahkan apa yang telah beliau lakukan untuk membantu masyarakat India selama ini,


Pemuda MIC Perak juga mendesak Koo Ham supaya memohon maaf pada masyarakat India khasnya pengundi Beruas kerana telah menjatuhkan maruah mereka yang kononnya undi mereka begitu murah. Masyarakat India boleh menilai siapa yang sebenarnya yang dapat memperjuangkan nasib mereka. 



  

No comments:

Post a Comment