Saya
melawat ke Little India untuk meraikan Ponggal bersama dengan rakyat.
Ketibaan
bulan bertuah yang dikenali sebagai ‘Thai’ di dalam kalendar masyarakat India
menandakan tibanya pesta ‘Ponggal’ iaitu simbol kepada permulaan baru.
Ketika rakan-rakan kita mengamalkan tradisi mereka dengan menyediakan susu
serta nasi sempena perayaan itu, kita diingatkan mengenai pembangunan pesat
agenda transformasi yang telah membawa pelbagai kejayaan untuk manfaat seluruh
rakyat Malaysia.
Malaysia adalah sebuah negara yang menyediakan pelbagai peluang kepada
rakyatnya dan dengan mengukuhkan lagi perpaduan serta meneruskan kerja keras
bersama-sama, setiap rakyat Malaysia berpeluang berkongsi kekayaan negara
terutama ketika kita sedang menuju menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan
tinggi menjelang 2020.
Dengan komitmen serta keyakinan yang tinggi atau ‘nambikei’ di antara kerajaan
dan komuniti India, kita mampu untuk membawa pembangunan serta transformasi
kepada komuniti secara menyeluruh. Ketika kita sedang menuju ke arah itu pada
tahun ini, saya menyeru kepada masyarakat India untuk bersatu dan fokus untuk
mendapatkan keputusan terbaik menerusi setiap inisiatif yang diperkenalkan
Kerajaan. Dengan perpaduan serta ‘nambikei’ di antara kita ini, saya yakin yang
kita mampu melakukan lebih baik lagi dan setiap inisiatif Kerajaan dapat sampai
serta memberi manfaat kepada lebih ramai lagi keluarga India yang layak sekali
gus memastikan pembangunan di negara ini dapat dinikmati oleh setiap
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum
No comments:
Post a Comment