Saturday, August 11, 2012

Kawasan Parlimen Bukit Gantang dan DUN Kuala Sepetang, Trong dan Changkat Jering akan kembali ke BN dlm PRU13

Beberapa analisis yang terkini bagi kawasan Parlimen Bukit Gantang serta DUN di bawahnya iaiatu Kuala Sepetang, Trong dan Changkat Jering tidak selamat untuk PR dan bakal kembali ke tangan BN.

Janji BN diTepati seperti bantuan BR1M, kurangnya pertelagahan dalaman dalam parti-parti UMNO dan komponen BN dalam PRU13, maka PR tidak ada isu lagi yang boleh diketengahkan untuk memfitnah BN kali ini. Faktor lain ialah penerimaan pengundi di kalangan orang Melayu, Cina dan India terhadap kepimpinan YAB PM Dato Seri Najib Tun Razak serta BN telah melonjakkan persepsi pengundi kali ini sehinggakan penyandang kerusi Parlimen Bukit Gantang Mohd Nizar Jamaluddin mengangkat bendera putih dan tidak akan bertanding di sini lagi.

Faktor lain yang bakal memberikan kemenangan kepada BN kali ini ialah calon yang boleh menang "winnable candidate" yang bakal dipilih Presiden BN itu sendiri. BN perlu bekerja keras untuk menangkis segala tomahan PR dan menyalurkan maklumat yang tepat kepada para pengundi.

Kawasan yang dimenangi PR termasuk kawasan Parlimen Bukit Gantang serta Kuala Sepetang dan Changkat Jering langsung tidak menampakkan kemajuan dan usaha dari wakil rakyat PR. Janji tinggal di bibir sahaja.

Berikut adalah analisis PRU12 bagi kawasan Kuala Sepetang yang dimenangi PR:

N13 Kuala Sepetang
See Tean Seng (BN) 6721
Tai Sing Ng (PKR) 7285
Majoriti 564



Berikut adalah analisis PRU12 bagi kawasan Changkat Jering yang dimenangi PR:



N14 Changkat Jering
Datuk Mat Isa Ismail (BN) 8309
Mohd. Osman Mohd Jailu (PKR) 9411
Majoriti 1102

Berikut adalah analisis PRU12 bagi kawasan Trong yang dimenangi BN YB Dato Rosli:



N15 Trong
Nor Azli Musa (PAS) 3296
Datuk Rosli Husin (BN) 4212
Majoriti 916

No comments:

Post a Comment