Friday, May 11, 2012
Kajian kecenderungan PRU13 oleh UMCEDEL mendapati sokongan Pengundi India pada BN meningkat
Hasil kajian yang dijalankan oleh University of Malaya Centre for Democracy and Elections (UMCEDEL) baru-baru ini mendapati sokongan pengundi kaum India pada kerajaan BN di Malaysia meningkat dengan ketara berbanding dengan PRU12 pada tahun 2008.
Dengan bilangan responden seramai 2,282 orang dari berbagai lapisan masyarakat dengan mengambil kira demografi yang sehampir mungkin dengan taburan penduduk Malaysia serta kaji selidik dengan peratus kepercayaan sebanyak 95%, kajian yang dijalankan di antara 31 Mac 2012 hingga 15 April 2012 berjaya menunjukkan bahawa usaha kerajaan seperti BR1M, Kedai Rakyat 1M, Kelinik 1Malaysia serta program Transformasi Kerajaan telah mendatangkan hasil yang positif.
Pendekatan yang digunakan oleh YAB PM Dato Seri Najib mendekati masyarakat bukan Melayu telah mendapat persetujuan 85% pengundi India.
Rata-rata, rakyat di kawasan luar bandar serta rakyat miskin dengan pendapatan keluarga kurang dari RM3,000 sebulan telah mendapat faedah yang diberikan kerajaan. Walaupun amaunnya dirasakan kurang tetapi ianya banyak membantu mereka. Justeru, hasil kajiselidik yang mengkaji persepsi pengundi telah menunjukkan tanda-tanda positif.
86% pengundi India juga bersetuju bahawa YAB PM mempunyai keperibadian yang amat menyenangkan.
Manakala 89% pengundi India merasakan YAB PM mempunyai hubungan erat dengan rakyat.
Kajian tersebut juga mendapati sokongan terhadap BN (49%) adalah lebih tinggi dari sokongan pengundi terhadap PR (21%).
Yang amat membanggakan ialah sokongan pengundi India pada kerajaan BN (67%) di Perak adalah tertinggi berbanding dengan sokongan mereka pada PR (5%). Selaku Ketua Pemuda MIC Perak, saya menyeru semua pemimpin pemuda MIC Perak supaya bekerja keras untuk memastikan kejayaan BN khasnya di Perak agar rakyat Perak dapat menikmati pertumbuhan yang sedang pesat di bawah kepimpinan YAB DS PM, YAB MB Perak DS Zambry Abd Kadir serta kepimpinan Pengerusi Perhubungan Perak YB DS G. Palanivel.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment