Ucapan Perasmian Penutup oleh YB Dato' SK Devamany
Saya bersama YBhg Tn Hj Azwan Bin Dato' Harun telah menghadiri Majlis Penutupan Seminar Kepimpinan dan Professionalisme Graduan-Graduan India Perak 25 Dis 2011 yang telah dirasmikan oleh YB Dato' SK Devamany, Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri.
Banner Majlis Seminar Kepimpinan dan Professionalisme
Majlis ini telah diadakan di Hotel Virgo Batik Resort, Teluk Batik Lumut berjalan dengan amat baik. Berikut disertakan gambar majlis tersebut.
Kehadiran YBhg Tn Hj Azwan Dato' Harun
Kehadiran YB Dato' SK Devamany
Seramai 80 orang peserta telah menyertai seminar ini yang bertujuan untuk mendidik para graduan India dari Negeri Perak mengenai perkembangan politik terkini yang sedang melanda di negara kita.
Sedang mendengar ucapan YB Dato' SK Devamany bersama para peserta seminar
Dalam ucapan beliau, YB Dato' SK Devamany menegaskan bahawa kerajaan BN telah banyak membantu masyarakat India di Malaysia. Beliau menasihatkan mereka supaya jangan sekali-kali terpedaya dengan khabar angin atau sebarang fitnah yang disebarkan dalam Internet and Blog pembangkang.
Sebahagian dari 80 orang peserta seminar
YB Dato' SK Devamany juga mengingatkan para peserta bahawa hanya BN yang boleh menjamin masa depan mereka dengan memberikan mereka kerajaan dan kepimpinan yang stabil. Beliau mengingatkan peserta supaya beringat sebelum mengundi dalam pilihanraya akan datang. Pakatan Rakyat tidak mempunyai sebarang hala tuju dan tidak dapat memutuskan siapa yang bakal memimpin negara kerana mereka tidak sehaluan pendapat.
Sarapan pagi bersama Tn. Hj Azwan
Keberangkatan pulang YB Dato' SK Devamany selepas ucapan perasmian
No comments:
Post a Comment