Monday, August 12, 2013

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri anjuran Pemuda UMNO Perak meriah






Petang semalam 11 Ogos 2013,  Pemuda UMNO Perak yang diketuai Sdra Khairul Azwan telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri di Dewan Serbaguna Jabatan Belia dan Sukan Perak. 





Lebih dari 5,000 orang telah hadir bagi memeriahkan majlis ini. Tetamu kehormat tidak lain tidak bukan YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri DiRaja Zambry Abdul Kadir serta Datin Seri. Turut hadir, YB Dato Puhat Bin Nayan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato Mah Hang Soon, YB Dato Zainol Fadzi, Dato R'Ganesan Ganesan, Pemuda MIC Perak serta Dr. Richard Ng, Pengarah Open University Malaysia (Perak) dan lain-lain warga Perak. 





Berbagai juadah telah disediakan. Pemuda MIC Perak mengucapkan Syabas kepada Sdra Khairul Azwan serta AJK Pemuda UMNO Perak kerana berjaya menganjurkan majlis ini dengan jayanya.