Sunday, April 22, 2012

Indian community must change: Palanivel - NST

KUALA LUMPUR:

 The Indian community must be part of the government’s transformation programme which has been constantly emphasised by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak. MIC President Datuk Seri G. Palanivel said yesterday that the Indian community must change and be focused on moving forward.

 “The government has taken various measures for the development of the community, it is now in our hands to re-brand ourselves and become a resourceful community,” he said in his speech at the 11th GOPIO International Convention 2012, near here.

 GOPIO or Global Organisation of People of Indian Origin is a group to bond Indians around the world as a global community. This year’s convention hosted by Malaysia aims to provide new policies and guidelines for effective networking, attain growth in enterprises, promote higher education and provide intellectual and material support to create a global virtual community. The three day conference focuses on five main areas namely business; education; social, cultural and community development; ayurveda and siddha science and diaspora language.

 Palanivel, who is also the Minister in the Prime Minsiter’s Department, said more successful Indians should come forward to be part of such conferences to help their community. “We have very prominent Indians around the world but they are rarely involved in community development programmes.

 “The conference will see bigger success if those who have been doing well contribute to the development of the less empowered groups,” Palanivel said. Meanwhile, Palanivel said the list of MIC candidates to contest in the next general election will be announced at the right time.

Asked on talks that former MIC president and Works Minister Datuk Seri S. Samy Vellu will be contesting in the election, Palanivel said: “I welcome such move. I am confident that he (Samy Vellu) has the potential to win.”

MIC Mahu Kementerian Pelajaran Tubuh Bahagian Khusus - The Star

Ahad April 22, 2012
KUALA LUMPUR: MIC meminta Kementerian Pelajaran menubuhkan sebuah bahagian baru yang diketuai oleh seorang pengarah khusus bagi menjalankan program pembangunan dan pembinaan sekolah Tamil di negara ini. Presidennya Datuk seri G. Palanivel berkata bahagian tersebut perlu dianggotai oleh jurutera, pereka dan pegawai kewangan. "Ke mana sahaja kami pergi, kami menerima permintaan dari sekolah Tamil untuk pelbagai bantuan dan sekiranya ada bahagian khusus dalam kementerian, maka bahagian itu boleh mengendalikan apa juga permohonan atau permintaan dari sekolah Tamil," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu. Palanivel, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata bahagian itu juga boleh membuka laman sesawang dan sistem e-mel bagi menerima permintaan dan memantau sekolah Tamil secara atas talian. BERNAMA

Sunday, April 15, 2012

Program Senamrobik @ Dataran Kedamaian Taiping 15-4-2012 berjalan lancar




Cuaca di Taiping begitu baik sekali ketika program Senamrobik OUM Jelajah Perak dijalankan di Dataran Kedamaian Taiping pada 15 April 2012. Program ini telah dijalankan bersama oleh Open University Malaysia Kampus Perak bersama Pemuda MIC Perak dan Taiping.

Orang ramai sedang beratur untuk mendapatkan kemeja T percuma dari pihak OUM

Sebahagian dari peserta senamrobik

Sambutan amat menggalakkan bilamana lebih dari 150 orang penduduk Taiping telah hadir sejak jam 7.00 pagi lagi bagi mengambil bahagian dalam aktiviti kecerdasan dan kesihatan badan. 100 peserta pertama telah diberi kemeja T Open University Malaysia secara percuma. Mereka juga turut diberi sebungkus nasi lemak dan air mineral sumbangan Pemuda MIC Perak.




Sesi senamrobik yang bermula pada jam 7.30 pagi tamat pada jam 8.30 pagi di bawah bimbingan jurulatihnya Sdra Shidee dari Majlis Perbandaran Taiping. Pengarah Open University Malaysia (Perak), Dr. Richard Ng, dalam ucapannya berkata objektif utama program senamrobik ini adalah untuk mempromosi gaya hidup sihat kepada masyarakat tempatan di Taiping. Kata beliau, program senamrobik di Taiping adalah siri ketiga pihak OUM anjurkan di Perak selepas ianya dijalankan di Bukit Kledang di Menglembu dan Padang Polo di Ipoh.

Salah seorang peserta bertuah sedang menerima hadiah cabutan bertuah dari Ketua Pemuda MIC Perak, Sdra M. Veeran


Cabutan bertuah seterusnya dijalankan untuk mencabut enam hadiah bertuah. Sdra M. Veeran, Ketua Pemuda MIC Perak dan Taiping telah diberi penghormatan untuk membuat cabutan dan menyampaikan hadiad kepada peserta bertuah.

Pengarah OUM Perak Dr. Richard Ng sedang menyampaikan cenderahati kepada Sdra M. Veeran, Ketua Pemuda MIC Perak sebagai tanda penghargaan menjayakan program senamrobik ini.

Sebelum majlis bersurai, Pengarah OUM Perak memaklumkan bahawa pihak OUM akan cuba berusaha untuk mengadakan sesi seperti di masa akan datang supaya penduduk tempatan di Taiping menjadi serasi dengan program senamrobik sebagai aktiviti kesihatan badan.

Tuesday, April 10, 2012

Program Senamrobik OUM - MIC @ Dataran Kedamaian Taiping Perak 15-4-2012


Pemuda MIC Taiping dan Pemuda MIC Perak serta Open University Malaysia (Kampus Perak) dengan kerjasama Persatuan Kecergasan Negeri Perak akan menjalankan Program Senamrobik buat julung kalinya di Dataran Kedamaian Taiping pada 15 April 2012 mulai jam 7 pagi.

Objektif program ini selain daripada mempromosikan hidup yang sihat dan cergas juga bertujuan menjalinkan hubungan silaturahim di kalangan masyarakat di Taiping sejajar dengan wawasan YAB PM Dato' Seri Najib Bin Tun Razak ke arah masyarakat 1Malaysia.

Senamrobik di Padang Polo di Ipoh pada 7 Jan 2012

Dalam konteks ini, Pemuda MIC Perak dan Taiping amat bangga dan berterima kasih kepada Pengarah Open University Malaysia, Dr. Richard Ng, kerana telah sudi memilih Pemuda MIC Perak sebagai rakan kongsi dalam menjayakan program ini di Taiping.


Program ini terbuka kepada orang ramai secara percuma. 100 orang peserta pertama yang mendaftar dan menyertai program ini akan diberi kemeja T OUM secara percuma. Manakala mereka juga akan menerima bungkusan nasi lemak dan air mineral sumbangan Pemuda MIC Perak dan Taiping.

Kami amat berharap masyarakat berbilang kaum di Taiping akan datang berama-ramai bagi menjayakan program ini. Cabutan bertuah akan menanti 3 peserta yang bertuah.